Saturday, June 15, 2013

PENGENALAN

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum wbt...

Salam Kasih Sayang buat semua jamaah (Tok Ayah2, Paduka Ayahanda2, Ayahanda2, Bonda2, Kekanda2, Abg Long2, Kak Long2, Abang2 dan anak2 jamaah/Ikhwan2) serta muslimin dan muslimat.

Selawat dan Salam kita pada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta para Sahabat2 serta Wali2 dan Ulamaq2 melalui titisan ini kita telah menerima Islam agama Allah. Agama yang di wahyukan pada nabi kita...

Tidak lupa juga doa2 kita kepada kedua ibubapa kita, yang melahirkan kita dan pergorbanan membesarkan kita. Agama kita menganjurkan setiap anak menghormati ibubapa kita sebagai orang yang rapat dengan kita atau darah daging kita.

Di sini saya ingin mulakan sedikit pengenalan mengenai perjuangan Kem Sepuloh atau senang di sebut Jamaah Sepuloh (Kem = Jamaah) berikutan pengasasnya adalah Khalifah Imam Ayahanda Sepuloh ( Paduka Ayahanda Sepuloh = P.A.S). Ia digelar sepuloh kerana rezeki atau setiap pergerakkan Ayah Sepuloh banyak melibatkan angka 10. Kem Sepuloh adalah jamaah baiah yang juga adalah gerakan yang di gelar Tentera Fisabilillah.

Kem Sepuloh juga merupakan jamaah yang berpegang teguh pada Mazhab Imam Shafie serta berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jadi setiap pergerakkan akan terus bersandar pada Kitab Al-Quran bagi menggelakkan Kem Sepuloh terpesong dalam gerakkan2 bawah tanah.

Kem Sepuloh berpusat di daerah Gombak,Selangor berkembang terus ke serata tanahair. Sebagai pertubuhan rahsia kami akan berpegang teguh pada Rahsia Dalam Rahsia demi menjayakan moto Patuh, Taat, Setia yang amat di perlukan oleh setiap organisasi demi menjayakan perjalanan dunia dan akhirat.

Untuk menjayakan setiap Usaha, Tawakal dan Doa kami dalam merealisasikan pergerakkan Kem Sepuloh kami akan mengadakan perjumpaan bagi mengeratkan silaturahim antara jamaah dan jamaah lain bagi mengikat silaturahim yang patut kita bina berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. dan setiap dari kami di beri tugas dan amanah masing2 dalam cuba mendekatkan diri pada pemilik alam semesta ini dengan keluar membina ukhwah menghadiri majlis2 berkampung, majlis keraian, majlis kenduri, program2 yang dapat mengeratkan silaturahim jamaah Kem Sepuloh dan jamaah2 lain.

Dengan isu perjalanan MERAH, Kem Sepuloh juga menerima pembawakan 367 / MERAH  sebagai landasan memasuki setiap pergerakan MERAH agar setiap jamaah yang membawanya agar tidak terpesong dan merosakkan akidah jamaah yang taksub pada perjuangan MERAH. Dan apa yang di gembar gembur perjalanan merah amat kita runsing dan takut pada mereka2 yang telah terjebak pada fahaman2 yang lebih kepada keagamaan pengasas majlis MERAH dan KONGSI ini...

Demi menjaga akidah dan pembawakan setiap jamaah Kem Sepuloh akan memantau setiap jamaah Kem Sepuloh lebih dekat pada ISLAM. Sebagai manusia biasa KEmSepuloh dan Ayah Sepuloh akan merujuk pada Ulamaq2 dan Ustaz2 bagi menghindarkan dari terus di buai dengan dakyah2 serta fahaman yang dapat merosakkan aqidah jamaah Kem Sepuloh

Wasalam

Dari kami, yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kami sendiri...

Maaf. Jika ada tersinggung demi mempertahankan ISLAM. Nyawa kami pertaruhkan.

No comments:

Post a Comment