Baiat /
Baiah /
Bai'ah (
Bahasa Arab:
بيعة atau
بَيْعَة)
ialah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiat ialah
seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan
kaum Muslimin kepada
khalifah.
Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap khalifah dalam
urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang
dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.
Baiah adalah akad antara umat dan calon
khalifah
untuk menjadi Khalifah atas dasar redha dan pilihan, tanpa ugutan dan
paksaan. Allah S.W.T melalui Rasulullah s.a.w. telah menggariskan bahawa
akad tersebut adalah baiah.
Sebagaimana layaknya sebuah akad, dalam Baiah perlu ada
ijab (penyerahan) dan
qabul
(penerimaan). Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya mencontohkan bahawa
ijab berasal dari umat sebagai pemilik kekuasaan. Calon
khalifah mengabulkannya. Ijabnya berupa penyerahan kekuasaan dari rakyat kepada
Khalifah untuk menerapkan Islam dan penyerahan ketaatan mereka kepadanya. Qabulnya berupa penerimaan hal tersebut oleh calon khalifah.
Syarat-syarat sah Baiah
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Redha dan atas pilihan
Lafaz Baiah
Lafaz baiah perlu ada 2 perkara :
- Apa yang dikhususkan kepada khalifah
- Maka lafaznya merangkumi amal-amal daripada Al-Quran dan As-Sunnah
yakni maksudnya ia menjadi pemimpin dan ketua hukum syarak umat Islam.
- Apa yang dikhususkan kepada umat Islam - Maka lafaznya iltizam umat
Islam dengan ketaatan dan kepatuhan pada semua perkara setakat mana
kemampuan mereka. [1]
Hadis tentang baiah
Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai
Khalifah
jika diangkat melalui proses Baiah. Para sahabat pun melakukan hal yang
sama. Tidak pernah seseorang menjadi Khalifah tanpa dibaiah.
Abu Bakar menjadi Khalifah bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai khalifah, tetapi setelah beliau dibaiah di Saqifah.
Umar menjadi khalifah bukan setelah pengumuman
Abu Bakar tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibaiah. Demikian juga dengan
Uthman dan
Ali.
Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa baiah merupakan
satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan khalifah. Sekalipun
disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi
khalifah sebelum dibaiah. Begitu juga, warisan atau sistem putera
mahkota bukanlah cara pengangkatan khalifah.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra. Dari Rasulullah saw. beliau bersabda:
[2]
“ |
"Dahulu Bani Israil itu
dipimpin oleh para nabi. Setiap kali seorang nabi mangkat, maka akan
digantikan dengan nabi lain. Dan sesungguhnya tidak ada seorang nabi pun
setelahku dan akan muncul para khalifah yang banyak. Mereka bertanya:
Lalu apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Nabi saw. menjawab:
Setialah dengan baiah
khalifah pertama dan seterusnya serta berikanlah kepada mereka hak
mereka, sesungguhnya Allah akan menuntut tanggung jawab mereka terhadap
kepemimpinan mereka." |
” |
Jenis-jenis baiah
Siapapun yang mengkaji hadis Nabi s.a.w. akan menemukan bahawa baiah terhadap khalifah ada dua jenis:
(1)
Baiah In‘iqad, yakni baiah yang menunjukkan orang yang dibaiah sebagai khalifah, pemilik kekuasaan, berhak ditaati, ditolong, dan diikuti;
(2)
Baiah Taat, iaitu baiah kaum Muslim terhadap khalifah terpilih dengan memberikan ketaatan kepadanya.
Baiah Taat bukanlah untuk mengangkat khalifah, kerana khalifah sudah ada.
Kedua baiah ini juga didasarkan pada
Ijmak
Sahabat. Misalnya, Abu Bakar diangkat oleh sebagian Sahabat sebagai
calon dari semua Sahabat, baik kalangan Muhajirin maupun Anshar. Setelah
baiah dilakukan di Saqifah, esoknya kaum Muslim dikumpulkan di masjid.
Abu Bakar berdiri di Mimbar. Sebelum
Abu Bakar berbicara, Umar bin Khathab antara lain berbicara,
"Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan urusan kalian kepada pundak
orang terbaik di antara kalian. Dia Sahabat yang berdua bersama Rasul di
gua. Berdirilah kalian, baiahlah dia."
Para Sahabat pun membaiah Abu Bakar setelah pembaiahan di Saqifah.
Pembaiahan wakil Sahabat kepada Abu Bakar di Saqifah merupakan
Baiah In‘iqad,
sedangkan pembaiahan kaum Muslim kepadanya di masjid merupakan baiah
taat. Hal serupa terjadi pada khalifah lainnya. Ini merupakan gambaran
dan penegasan tentang keredhaan rakyat kepada
Khalifah.
Berbeza dengan
Baiah In‘iqad yang bersifat pilihan,
Baiah Taat wajib atas setiap orang, yang ditunjukkan dengan ketaatan dan ketundukan kepada
Khalifah terpilih; taat pada hukum dan perundang-undangan islam yang ditetapkannya.
Baiah adalah sunnah Nabi
Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh
kaum Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih
hidup seperti
Baiah Aqabah 1,
Baiah Aqabah 2,
Baiah Ridhwan. Selepas kewafatan baginda para sahabat terus berbaiat kepada Ulil-Amri (
Khalifah) mereka.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari
'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil
kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah
berkata:
[3]
|
"Di antara perkara yang
diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati
(Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam
keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak
membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat
kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan
jelas."
10 RUKUN BAI’AH
1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah
Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan
kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh
mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah
menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki
sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi
pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh
al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan
qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana
Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta,
kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera)
Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta
merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri,
pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah
air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di
peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu
keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia
merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang
bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak
pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati
jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi
perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah
atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk
di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal
Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa
diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia
mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah
satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan
fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa
campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu
berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan
kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi,
mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan
jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya
ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang
Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu.
Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang,
penghargaan, rasa hormat dan taat.
|
|